OTAK SIHAT MINDA CERGAS

Anak-anak adalah anugerah yang tidak ternilai tingginya.  Mereka adalah penyambung generasi dan pemimpin masa depan.

Sebagai ibubapa kita semestinya inginkan anak-anak PERTUMBESARAN SIHAT, BERTENAGA & PINTAR..supaya mereka boleh hidup dengan lebih berkualiti.

Amalan Pemakanan Kanak-kanak yang baik

Prestasi kognitif (aktiviti mental) kanak-kanak dipengaruhi oleh status pemakanan mereka. Kajian mendapati penjagaan pemakanan yang baik akan membantu perkembangan mental kanak-kanak dan membolehkan mereka belajar dan beraktiviti dengan efektif.

Dengan membekalkan makanan yang berkhasiat membolehkan perkembangan mental dan fizikal berjalan dengan lancar.  Oleh yang demikian, adalah penting untuk ibu bapa memberi makanan yang berkhasiat kepada anak dan menyediakan pelan pemakanan yang sesuai dengan keperluan setiap peringkat tumbesaran kognitif kanak-kanak .

Kekurangan makanan yang sihat boleh mengakibatkan pertumbuhan fizikal terbantut, perkembangan otak yang perlahan dan mengurangkan sistem imunisasi badan.

Kanak-kanak memerlukan khasiat yang berbeza  pada pelbagai peringkat perkembangan untuk otak yang sihat dan aktif. Ada pelbagai khasiat penting yang boleh menyokong perkembangan otak dan proses tumbesaran mereka.

Khasiat pemakanan ini memainkan peranan penting dalam menyokong proses perkembangan mental kerana ia juga berkait rapat dengan prestasi tingkah laku.

Ancaman pemakanan Kanak-kanak

Dalam usaha untuk mengatur pemakanan yang sihat, ibubapa tidak terlepas dengan beberapa situasi yang menjadi ancaman kepada tahap mutu pemakanan kanak-kanak.

Di pasaran terdapat pelbagai produk-produk makanan seperti makanan ringan, makanan segera seperti mee segera, snek rangup, gula-gula dan sebagainya termasuk restoran-restoran makanan segera yang menyediakan pelbagai makanan tidak seimbang, bahan penambah kimia makanan dan pelbagai lagi ramuan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Syarikat-syarikat pengeluar makanan ini membelanjakan jutaan ringgit untuk menarik minat kanak-kanak memakannya melalui perbagai kaedah iklan dan promosi di media masa dan sebagainya untuk melariskan jualan mereka tanpa mengira kesan jangka panjang kepada tahap kesihatan kanak-kanak.

Makanan Untuk Perkembangan Otak

Terdapat banyak sumber-sumber makanan yang baik boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak bagi menggalakkan mereka mengambil tambahan makanan berkhasiat untuk menyokong PERKEMBANGAN OTAK & KESIHATAN MATA serta AKTIF BERTENAGA.

Antara makanan popular untuk perkembangan otak yang sihat dan kesihatan tubuh badan yang cergas.

Susu kambing

  • menjaga kesihatan system penghadaman
  • Sumber kalsium yang baik untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  • Menguatkan daya imuniti
  • Lebih tinggi khasiat daripada susu lembu
  • Meningkatkan daya dan aktiviti minda

Probiotik

  • Menguatkan system penghadaman
  • Mencegah masalah kulit seperti eczema, ruam
  • Menguatkan system pernafasan
  • Mengawal dan mencegah alergik
  • Mengimbangi bakteria buruk dan bahaya dalam system penghadaman
  • Menjaga kesihatan gigi dan gusi

Kacang Badam

  • mengandungi potassium, kalsium, zat besi, magnesium, zink iaitu mineral untuk fungsi aktiviti sel-sel otak.
  • Kacang badam mengandungi L- Cartinine and Riboflavin iaitu nutrient penting untuk perkembangan tisu otak.
  • Badam baik untuk menguatkan tulang dan gigi
  • Membantu menghasilkan sel darah merah.

Gingko Biloba

Setiap denyutan jantung 20% darah dihantar ke otak, oleh itu peredaran darah yang baik menjamin fungsi dan kesihatan otak berjalan lancar.

  • Gingko mendorong edaran darah di otak dan melindungi system saraf di otak.
  • Gingko membantu menguatkan fungsi sel saraf

Pegaga (Centella Asiatica)

  • Mengurangkan kepenatan dan stress .
  • Memperbaiki memori dan melancarkan proses pemikiran dan daya tumpuan.
  • Pegaga juga berfungsi sebagai tonik saraf yang membantu fungsi system saraf.

DHA (Docosahexanoic Acid)

DHA adalah kumpulan asid lemak Omega-3 . Dianggarkan terdapat 50% hingga 60% kandungan lemak pada struktur otak dimana  30% otak dan 50% struktur retina adalah daripada DHA.

  • DHA mempercekapkan penyerapan nutrient & transmisi saraf supaya fungsi otak lebih cekap
  • Mendorong  perkembangan otak fetus dan perkembangan mata
  • Bayi penyusuan ibu mempunyai paras DHA yg tinggi dalam otaknya
  • DHA mengaktifkan rhodopsin yang membantu mata menghantar pesanan saraf ke otak
  • Visual dan pendengaran lebih baik
  • Memperbaiki fungsi memori
  • DHA melindungi jantung

Raisin

  • Raisin kaya dengan zat besi dan sumber tenaga segera.
  • Ia membantu proses penghadaman, mencegah sembelit.
  • Mengandungi mineral penting untuk aktiviti saraf otak seperti potasium,kalsium, magnesium & sodium
  • Raisin juga kaya denga zat besi, fiber, vitamin E, protein, dan mineral dan essential asid lemak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *