IBUBAPA .. HENTIKAN SEGERA MEMBELI ‘MAKANAN ENTAH APA2’ KAT ANAK2

Ibubapa, Jangan naik angin apabila anak2 lemah belajar, lemah tumpuan, degil dan malas. Kerana makanan boleh mempengaruhi prestasi anak-anak anda.

Jangan lah ambil mudah makanan anak anda. Ibubapa sering memberikan makanan yang manis-manis, bewarna warni dan di bungkus dengan bungkusan menarik..kerana memenuhi permintaan anak-anak mereka. Nama lagi kanak-kanak, memang mudah terpedaya dengan penampilan makanan tersebut. Ibu bapa pula ambil jalan mudah, beli dan berikan kepada anak-anak..

Antara makanan popular yang sering diberikan oleh ibubapa di mana makanan tersebut  tidak sesuai untuk perkembangan minda dan kesihatan fizikal kanak…

Makanan ringan seperti keropok berperisa, berbagai bentuk dan rupa. Kajian mendapati memakan junk food bukan sahaja boleh mempengaruhi perkembangan minda tetapi juga boleh meningkatkan obesity, diabetes dan masalah kesihatan kronik kepada kanak-kanak.

Makanan segera seperti gula-gula, ais krim, snek , minuman ringan tidak mengandungi khasiat tetapi penuh dengan kalori gula, garam dan lemak. Makanan yang tinggi gula dan lemak boleh merencat aktiviti peptid otak BDNF ( brain-derived neurophic factor) yang berfungsi membantu proses pembelajaran dan memori.

Mee segera mengandungi pelbagai bahan kimia perisa dan tidak berkhasiat dan sememangnya tidak sesuai untuk anak-anak

Minuman ‘bertenaga’ kebanyakan mengandungi gula yang tinggi disamping tidak mempunyai nilai pemakanan yang baik.

ELAKKAN DARI MEMBERI ANAK-ANAK MAKANAN MEMUDARATKAN MEREKA… kerana makanan ini TIDAK BERKHASIAT dan BERKALORI TINGGI yang boleh mempengaruhi fungsi otak, mengganggu proses pembelajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *