Kulit GLOWING Dengan Hanya Menggunakan Buah Tomato

Semua orang tahu kan khasiat & kebaikan BUAH TOMATO ni? Tapi admin nak share jugak cara nak dapatkan kulit glowing mowing dengan buah tomato. Tengok gambar je dah yummy yummy hehe

So, ni beberapa tips untuk dapatkan kulit glowing dari buah tomato :

1) Ambil sebiji tomato & sebiji lemon. Perah tomato & lemon untuk dapatkan jus & mix kan ke dalam mangkuk. Kacau sehingga campuran lemon & tomato sebati. Kemudian, sapu perahan jus tomato & lemon tersebut ke muka. Sapu pakai jari je senang & elakkan dari kawasan mata ya. Lepas dah sapu rata ke muka, tunggu selama 30 minit & bilas dengan air sejuk.
Mask campuran TOMATO + LEMON ni berfungsi untuk mengecilkan liang pori & memudakan wajah kita. Kulit tegang glowing gitu

2) Potong buah tomato kepada dua bahagian. 1 bahagian ambil & sapu ke muka dalam gerakan bulatan & biarkan kering selama 1 jam. Kemudian bilas begitu sahaja hehe senangkan ? Cara ni untuk kulit muka yang bersih berseri tanpa sebarang jerawat tau.

3) Campur jus tomato dan madu asli. Sapukan pada wajah dan buat urutan lembut selama 1-2 minit. Kemudian diamkan di wajah selama 20 minit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C, membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.

* tips no 2 tu selalu admin amalkan, sebab senang tak perlu bancuh perah sana sini hehe

okay tu saja untuk hari ni, nanti admin share lagi ya.