BAHAYA USUS BESAR TERSUMBAT!!

Usus besar atau kolon yang sihat menjamin kesihatan yang optima. Kolon yang kotor dan tersumbat adalah punca kepada pelbagai penyakit moden hari ini.

Kolon (usus besar) kotor dan tersumbat (sembelit) menjadi ‘sarang’ pembiakan dan pembusukan bakteria yang akan menghasilkan pelbagai toksin yang merbahaya dan menjadi punca pelbagai masalah penyakit dan boleh mengancam nyawa kita.

Apabila masalah kolon ini tidak diambil langkah pencegahan atau rawatan segera, masalah ini akan berkembang sehingga menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit kronik yang memusnahkan kualiti kehidupan kita.

MENGAPA KOLON TERSUMBAT

Gaya hidup serba moden masyarakat hari ini tanpa kita menyedari, kita telah mengamalkan corak kehidupan yang tidak sihat yang menjadi punca kepada masalah kolon tersumbat dan sembelit.

Antaranya seperti berikut: –

 diet yang tidak seimbang

 kekurangan fiber dalam diet harian

 budaya makanan segera yang disifatkan  sebagai  ’pembunuh senyap’

 kekurangan minum air

 kekurangan senaman

 masalah stress dan emosi

 ubat-ubatan

Kolon yang tersumbat dipenuhi dengan bahan buangan sisa penghadaman, kerak najis lapuk, sisa lendir lemak dan protein tidak hadam dan pelbagai jenis bakteria yang melakukan aktiviti penapaian dan pembusukan ke atas bahan buangan dalam kolon ini.

Selain daripada itu terdapat juga parasit dan cacing yang akan menggunakan sisa penghadaman yang tersumbat ini sebagai sumber menghasilkan makanan mereka.

Hasil proses penapaian sisa pembuangan ini akan menghasilkan pelbagai bahan-bahan yang bertoksik, gas-gas busuk dalam sistem kolon dan bahan beracun ini akan diserap semula ke aliran darah melalui salur darah di kolon dan akan dihantar ke hati.

Fungsi hati juga merangkumi penyingkiran bahan-bahan kumuh (detoksifikasi). Dengan sejumlah toksin dan alirannya yang berterusan ke hati, lama kelamaan hati juga akan mengalami kesesakan bahan toksin tersebut sehinggakan akan dilepaskan kembali ke aliran darah.

Apabila sampai ke jantung, bermakna seluruh organ akan dibanjiri toksin ini. Jantung akan mengepam keseluruh aliran darah dan organ yang mula-mula merasakan kesan ini adalah organ-organ yang terlibat dalam proses penyingkiran bahan kumuh seperti buah pinggang, paru-paru, system limfatik dan  kulit selain daripada usus dan hati itu sendiri. Proses ini dinamakan autointoksifikasi.

Bahan toksin daripada sisa penapaian ini akan memusnahkan sel-sel dan menggangu banyak struktur biokimia selular yang menjadi punca kepada kemusnahan fungsi sel-sel. Apabila sel-sel gagal berfungsi dengan baik, maka banyak simptom penyakit akan muncul menandakan seseorang itu telah diserang sesuatu penyakit kronik yang sukar untuk disembuhkan.

Kebanyakan penyakit moden yang membunuh puluhan ribu rakyat Malaysia setiap setahun juga berpunca daripada masalah sembelit dan kolon tersumbat yang selalunya dipandang remeh oleh masyarakat kita.

SIMPTOM AWAL KERACUNAN BADAN

 masalah pembuangan najis, tidak lawas dan tidak selesa.

 mudah letih dan kurang bertenaga

 seolah-olah  tidak cukup tidur walaupun masa tidur mencukupi.

 sakit-sakit badan dan sengal-sengal sendi, bisa tulang terutama sewaktu bangun tidur.

 sakit kepala, loya, angin, kembung

 perut membuncit

 alergi

 mudah beremosi

 gatal gatal kulit terutama di bahagian lipatan kulit, jerawat, akni

Jika kita membiarkan keadaan ini berterusan, lama kelamaan kesan keracunan ini akan mula merebak dan menjejaskan fungsi organ-organ badan.

Apabila fungsi organ badan mula terganggu, maka beberapa simptom klinikal akan timbul menandakan seseorang itu telah diserang penyakit terutama penyakit usus seperti ulser, buasir, barah usus, sigmoid, cerutan, hernia serta beberapa penyakit moden seperti barah, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis, artritis dan sebagainya.

D”TOXX5

D’TOXX5 adalah  serbuk minuman berfiber tinggi,  diformulasikan dengan kombinasi serbuk halus sekam psyllium, ekstrak markisa, Oligofiber, Oat fiber, Fiber apple, ekstrak garcinia galanga, extrak kaktus opuntia ficus indica dan serbuk buah-buahan.

D’TOXX5 digunakan sebagai minuman untuk membantu membersih sistem penghadaman, menyingkirkan toksin, mengawal selera, membakar lemak, dan mempercekapkan fungsi usus dan perut..

Rasa buah markisa yang lazat menjadikan ia diminati sebagai minuman santai berfiber tiggi.  Ia tidak berketul dan tidak membentuk gel kerana formuasinya menggunakan fiber larut air bermutu tinggi..

D’TOXX5 LAIN DARI YANG LAIN!

BAGAIMANA D’TOXX5  MEMBERSIH KOLON

D’TOXX5  mempunyai beberapa keistimewaan seperti:-

 membersih sistem penghadaman dengan memerangkap toksin terkumpul, sisa lendir lemak dan protein, kerak najis, sisa  penghadaman dan sebagainya dalam kolon dan membuangnya keluar bersama sistem kenajisan.

 Seolah-olah ’memaksa’ toksin dan sisa penghadaman untuk dikeluarkan

 merangsang pergerakan (peristalsis) sistem penghadaman untuk mempercekapkan proses penghadaman.

 Mengikat dan memerangkap sisa bertoksin dalam sistem usus dan disingkirkan bersama najis.

D’TOXX5 MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

D’TOXX5  adalah formula minuman berfiber yang memberikan rasa kenyang bila di ambil sebelum makan. D’Toxx5 juga bersifat laksatif lembut yang membantu menyingkirkan segala kekotoran dan memudahkan proses pembakaran lemak degil iaitu tisu lemak yang dibanjiri toksin (selulit) terutama bahagian bawah kulit.

D’Toxx5 juga minuman berkalori rendah, membakar lemak kepada tenaga untuk aktiviti biologi dan pembinaan otot-otot serta membantu mengawal selera makan. Sesuai digunakan sebagai minuman untuk membantu mengawal dan mengurangkan berat badan.

D’TOXX5  UNTUK MENAIKKAN BERAT BADAN

D’TOXX5 akan membersih kerak najis dan lendir bertoksin dalam sistem usus kecil atau intestine yang selama ini menjadi penghalang penyerapan nutrient menyebabkan ‘sindrom’ makan banyak tetapi  berat badan tidak juga meningkat naik.

Dengan intestine  yang bersih, sistem vilus pada usus akan menyerap nutrient dengan cekap untuk memastikan proses biologi badan berfingsi dengan baik.  Apabila badan memperolehi nutrient yang baik, sudah pasti peratus lemak badan individu kurus akan dioptimakan secara biologi untuk menseimbangkan peratus lemak sihat badan.

D’TOXX5  DAN PENYAKIT

Dtoxx5 membantu badan lebih menerima kesan ubat-ubatan kerana sistem darah yang lebih bersih menjadikan badan mudah menerima kesan ubat yang disarankan oleh doktor perubatan.

D’TOXX5  DAN RAWATAN KOSMETIK

D’TOXX5  menyingkirkan toksin yang mencemarkan aliran darah. Darah yang bertoksin akan dapat dirasai oleh kulit terutama kulit muka yang lebih sensitive. Bahan toksin juga boleh memusnahkan elastin dan tisu kalogen.

Kemusnahan ini menyebabkan kulit menjadi tidak bermaya, mudah kendur dan berkedut-kedut. Penggunaan krim kecantikan, botox dan serum dalam rawatan kosmetik adalah sementara sahaja kerana ianya tidak kekal. Lagipun kos perbelanjaannya mahal dan timbul pula kesan sampingan yang buruk.

Cara terbaik adalah dalaman kerana kecantikan bermula dari dalam. Dengan kolon yang bersih dan aliran darah yang bersih, kulit akan mendapat nutrient yang baik. Oleh itu  kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjaga.

APAKAH MUNGKIN BERLAKU DI PERINGKAT AWAL PENGAMBILAN D’TOXX5
  • Najis lapuk dan kerak najis menjadi lebih pukal dan mengembang kerana ianya ‘diikat’ oleh fiber dalam D’toxx5. Pada ketika ini anda akan merasai seolah-olah perut anda kembung atau mengembang. Setelah najis lapuk ini dibuang sedikit demi sedikit, anda akan berasa lebih kempis dan ringan.
  • Mungkin anda akan mengalami kekerapan buang air besar lebih daripada biasa. Mungkin 2 – 3 kali. Tetapi ianya tidak memulas dan tidak menyulitkan kerana flax seed  dalam D’TOXX5 bersifat laksatif lembut.
  • Mungkin juga anda akan mengalami seolah-olah sembelit. Jangan risau, anda hanya menambah kekerapan meminum air atau jus buahan.
  • Najis anda akan lebih cair daripada biasa, lembut dan kadang-kadang ada juga bercampur kerak najis tetapi pada ketika ini ia mudah dibuang
  • Najis akan berbau lebih busuk daripada biasa dan mungkin terdapat tompok-tompok gelap. Ini adalah kerana sisa kerak najis lapuk dan bahan toksin telah mula dikeluarkan.
  • Najis kelihatan lebih berminyak dan kelihatan berlendir.  Ini menunjukkan terdapat sisa lendir lemak dan sisa protein tidak hadam serta toksin berlendir dalam kolon anda.
  • Anda akan merasakan lebih banyak gas-gas dalam trek usus. Ini adalah keranabanyak ketulan lemak dan kerak diuraikan dan mudah untuk untuk dikeluarkan.
  • Apa yang penting, semasa program pembersihan ini, anda di nasihatkan meminum sekurangkurangnya 6 – 8 gelas air sepanjang sehari. Ini adalah untuk menggalakkan pembersihan dan mengelakkan daripada terasa ketidakselesaan perut semasa proses pembersihan.

Pengambilan air harian di sarankan sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas sehari. Lebihkan minum air untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pembersihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *