Kenali Apa Itu Jeragat & Ketahui Punca & Jalan Penyelesainnya

Apa itu Jeragat ?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata. Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.

Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar, kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

 

Jadi apa sebenarnya punca-punca jeragat boleh terjadi? Setiap dari kita mendapat warna tona kulitnya yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Sejenis sel dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari. Semakin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Ini kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Namun begitu, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita yang akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat.  Ini disebabkan oleh keupayaan badan kita untuk merawat sel kulit telah berkurang. Di lapisan kulit manusia terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Namun tahun demi tahun, badan kita yang semakin berusia tidak dapat lagi menghasilkan kolagen untuk merawat kulit di peringkat optimum. Oleh itu, jeragat lebih senang terjadi lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak prihatin terhadap penjagaan kulit masing-masing.

Di samping itu jeragat juga boleh terjadi disebabkan oleh pemakaian alat solek yang tidak berkualiti dan bermutu rendah. Ini kerana sesetegah bahan yang digunakan dalam kosmetik boleh menghakis sel lapisan kulit serta melunturkan kulit anda, maka sinaran UV dari cahaya matahari boleh menembusi sel kulit dengan mudah sekali.

Walaupun begitu, jangan bimbang kerana jeragat tidak merbahaya dan sangat jarang sekali menjurus kepada kanser kulit. Malah, di zaman moden ini terdapat bermacam-macam cara untuk mencegah jeragat dari terhasil dan kembali semula. Bagi mengatasi masalah jeragat degil dan bintik-bintik hitam di wajah anda, anda disarankan agar lebih peka terhadap penjagaan kulit iaitu dengan melindungi kulit anda daripada sinaran UV semaksima mungkin. Di samping itu, anda juga boleh mengamalkan 5 petua menghilangkan jeragat degil di rumah seperti di bawah :

  1. Baking soda

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu.

  1. Ubi kentang

Ubi kentang mengandungi sejenis enzim dipanggil catecholase iaitu sejenis enzim yang bagus untuk kulit. Antara kebaikkan enzim ini ialah mencerahkan bintik-bintik hitam, melembutkan kulit dan merawat parut di wajah. Caranya, parut sebiji kentang dan perahkan jusnya. Kemudian tambahkan jus lemon yang sama kadar dengan jus kentang tadi, sebatikan. Sapu pada bahagian yang berjeragat tadi dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan dua kali seminggu.

  1. Lemon

Khasiat utama buah lemon ialah Vitamin C yang bukan sahaja membantu mencerahkan bintik  hitam malah membantu sel kulit anda menangani bahaya sinaran UV. Vitamin C dapat memberikan efek ‘photo-protection’ kepada kulit anda di mana kulit anda akan mempunyai lebih perlindungan terhadap lembayung sinaran ultraungu yang merbahaya kepada sel kulit yang sihat. Caranya, ambil sedikit perahan jus lemon dan capurkan ke dalam dua sudu besar madu kemudian sebatikan. Campuran ini disapukan kepada bintik-bintik hitam di muka setiap malam sehingga bintik hitam pudar sepenuhnya.

  1. Tomato

Buah tomato sangat kaya dengan sejenis antioksida dipanggil lycopene. Antioksida ini sangat berguna dalam menenangkan sel kulit anda yang telah terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari kerana lycopene mampu menyerap jauh kedalam lapisan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit di tahap maksima. Hasilnya, kulit tidak terasa kering, mengelupas, dan menjadi gelap walaupun terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama. Ianya ‘menyejukkan’ kulit kita. Caranya, ambil sebiji tomato dan buang kulitnya. Hancurkan isi tomato sebelum disapukan ke seluruh wajah dan dibiar sehingga kering. Amalkan sekerap mungkin untuk mendapatkan kulit yang kelihatan mulus dan segar sepanjang masa.

  1. Elak menggunakan alat kosmetik yang tebal

Selain daripada merawat wajah, anda juga perlu pastikan alat kosmetik yang anda pakai seperti krim, bedak, dan cecair foundation bebas daripada minyak atau wangian sintetik. Ini kerana bahan tersebut boleh mengakibatkan pori-pori di wajah anda tersumbat. Pori yang tersumbat tidak dapat menyerap khasiat dari semua bahan-bahan diatas tidak kira berapa kerap anda melakukannya, jadi ianya sia-sia. Oleh itu pastikan anda tidak memakai alat kosmetik yang tebal dan susah ditanggalkan. Ciri-ciri alat kosmetik yang baik contohnya ia terasa ringan apabila dipakai dan mudah ditanggalkan dengan air.

 

ADA CARA YANG LEBIH MUDAH DAN MENJIMATKAN MASA?

Ada .. click sini   ➡      

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *