BAHAYA MERKURI DALAM PRODUK KOSMETIKS

AWAS . DISEBALIK WAJAH YANG CERAH BERSERI ..

SILA BUAT UJIAN DARAH atau UJIAN URIN – KOT-KOT ADA MERKURI

Apa pun jenis kulit anda, penggunaan produk penjagaan kulit mesti lah untuk membantu kulit anda dan bukan untuk  merosakkannya.

Ketika rakyat Malaysia ghairah menjaga kecantikan, Kementerian Kesihatan Malaysia sering memberi amaran bahawa pengguna mesti mengelak produk penjagaan kulit yang mengandungi merkuri dan bahan-bahan terlarang.

Ramai yang tidak sedari bahawa terdapat banyak produk penjagaan kulit  terutama krim pencerahan kulit sengaja ditambah raksa berlebihan agar pengguna berpuas hati dengan kesan segera yang boleh dilihat tanpa memikirkan kesan sebaliknya.

Bagaimana anda ingin tahu kandungan merkuri dalam kosmetik, terutama yang dipasarkan sebagai “anti-penuaan” atau “mencerahkan kulit”?  Semak label??.
Tahukah anda pengusaha tamak memang licik ‘menipu’ anda dengan gimik dan pembohongan melalui TESTIMONIAL EDIT ‘SEBELUM’ ‘SELEPAS’ dan pelbagai helah perlabelan palsu? Ramai pengusaha menggunakan nombor rujukan Notifikasi NOT palsu atau dari pemilik NOT yang syarikatnya berhenti beroperasi?

Hakikatnya, banyak negara telah mengharamkan produk yang mengandungi merkuri kerana ia berbahaya kepada kesihatan tetapi di Malaysia penggunaan produk ‘repacked’ sangat popular kerana HARGA MURAH dan KESAN SEGERA yang ditawarkan oleh pengusaha tersebut.

Produk-produk tersebut biasanya dipasarkan sebagai pelembap kulit dan rawatan anti-penuaan yang menghilangkan bintik-bintik penuaan, jeragat, bintik-bintik hitam, parut dan kedutan. Para remaja pula menggunakan produk ini sebagai rawatan jerawat dan akni.

Menurut pihak berkuasa, produk ini biasanya dibuat di luar negara dan dijual secara haram di Malaysia terutama di kedai-kedai jamu yang tidak bertanggungjawab dan secara jualan terus. Mereka mempromosikan secara atas talian di laman media sosial dan dijual melalui aplikasi mudah alih. Ramai pengusaha membeli secara ‘kilo’ dan diseludup kemudian dibungkus semula sebagai produk Malaysia

AWAS ANDA DIKAWAL PIHAK BERKUASA.

Penjual dan pengedar yang memasarkan produk penjagaan kulit yang mengandung merkuri di Malaysia adalah tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan, termasuk penyitaan produk, injunksi, dan, dalam beberapa keadaan, pendakwaan dimahkamah.

Pihak berkuasa sering memberi amaran bahawa menjual dan pengedar produk kosmetik ini mesti menghentikan penjualan dan pengedaran produk ini dengan serta merta kerana ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Manakala, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Masalahnya sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan dengan lambakan produk sebegini seolah tiada kawalan.

Click me!

BAHAYA MERKURI

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa  telah menemui banyak produk yang mengandungi merkuri, dan terdapat kes-kes di mana pengguna terdedah kepada produk tersebut mempunyai keracunan merkuri atau paras merkuri yang tinggi di dalam badan mereka. Banyak produk penjagaan kulit yang bebas dijual di Malaysia telah di haramkan di negara luar seperti Singapura dan Brunei apabila produk tersebut berada di sana.

Sumber penguatkuasaan dipetik sebagai berkata, “Banyak produk ini datang ke negara ini melalui saluran haram, ada yang membeli secara pukal dan dibungkus semula sebagai produk tempatan, ada yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan ada yang menggunakan nombor pendaftaran produk-produk yang pemilik pendaftaran sudah berhenti berniaga dan sebagainya . Sebab itulah sangat penting bagi pengguna dan penjual tahu tentang bahaya kemungkinan keracunan merkuri yang berkaitan dengan penggunaan produk  ini.”

Gejala Keracunan Merkuri Organik

Produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri  boleh memudaratkan kesihatan kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Malah, ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau janin yang dalam kandungan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik atau orang yang menggunakan produk kosmetik dan kemudiannya memasukkan jari ke dalam mulut.

Kesan keracunan merkuri adalah seperti kerosakan system saraf, masalah kulit seperti dermatitis, kulit ‘terbakar’,  perubahan emosi, insomnia, kelemahan, gangguan  otot, kekejangan, sakit kepala, gangguan sensasi, perubahan tindak balas saraf.

Pendedahan yang lebih tinggi boleh menyebabkan kerosakan fungsi buah pinggang, kegagalan pernafasan dan boleh membawa maut.