8 Tips Cara Betul Cuci Muka

Selama ni, kita rasa macam betul je cuci muka dengan pembersih muka. Tapi sebenarnya betul ke dah bersih tu ? Nak tahu tips cara cuci muka dengan bersih sehingga ke dalam liang pori ? Jom baca tips yang sangat mudah ni :

 

1) Pencuci Muka Yang Sesuai

Pertama sekali, pilihkan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka. Contohnya, jika kulit berminyak, cari lah pencuci wajah yang dikhaskan untuk kulit muka berminyak. Begitu juga dengan kulit kering, kombinasi & normal.

2) Skrub Muka Dua Kali Seminggu

Selain cuci muka, kena rajinkan diri buat skrub muka juga tau untuk membuang sel sel kulit mati. Perlu tahu sel dalam badan sentiasa diperbaharui & sel-sel mati tetap kekal. Jadi penting untuk kita menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati.

3) Cuci Dengan Air Suam

Cuci muka dengan air suam lebih menyegarkan & dapat membunuh segala kotoran yang ada dimuka. Tapi, elakkan menggunakan air dengan suhu panas atau sejuk melampau kerana ia akan menyebabkan saluran darah halus pecah & memberikan kesan kulit kemerahan disekeliling hidung & pipi.

 

4) Tanggalkan Mekap Sebelum Mencuci Muka

Selama ni ramai yang anggap cuci muka tu dah cukup untuk buang segala jenis mekap dimuka & ternyata sangat salah ! Mekap memerlukan bahan khas untuk dibuang & kita boleh menggunakan ‘makeup remover’ untuk menanggalkannya. Selepas itu, baru boleh cuci muka dengan pencuci muka.

5) Memfokuskan Pada Zon T Muka

Ketika cuci muka, fokuskan pada bahagian tertentu. Zon T merangkumi bahagian pipi, dahi & dagu. Zon T adalah kawasan yang paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak terkumpul di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan kesan sisa minyak berlebihan. Disarankan mencuci muka 2-3 kali sehari.

6) Buat Urutan Di Muka

Selain cuci muka, kena buat urutan di muka juga. Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah & oksigen dikulit muka. Urut muka secara membulat daripada bahagian bawah ke ata. Boleh juga dimulakan dari leher. Dengan cara ini, aliran darah pada muka lebih lancar & dapat melambatkan proses penuaan pada muka.

 

7) Gunakan Facial Mask

Setelah mencuci muka, gunakan facial mask untuk memberi lebih kebaikan pada kulit. Sebaiknya, facial mask itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalkan keremajaan kulit wajah seperti Kolagen , Vitamin E & C

8) Kecutkan Jerawat Dengan Ais

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutkan jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekaligus mengurangkan tanda kemerahan & mengurangkan iritasi.

 

Masih tercari cari pencuci muka yang membersih secara mendalam ?

CLICK SINI